Wednesday, May 6, 2009

KEPERCAYAAN CINTA ?



Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kita masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kita tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kita meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kita terhadapnya. Tapi mudahkah kita melakarkan kepercayaan terhadap si dia???? Jawapannya hanya ada pada kita.

No comments: