Friday, May 22, 2009

Pentingkan Diri Sendiri????


Perlukah kita mementingkan diri sendiri? Persoalan ini kemungkinan besar dihadapi oleh semua manusia. Bila kita perlu mementingkan diri?
Pada masa kini suasana amat berbeza. Kita sedaya upaya mengelakkan untuk bersikap mementingkan diri baik di tempat kerja mahupun di rumah. Persoalan yang sering menjadi tanda tanya ialah perlukah kita bersikap mementing diri untuk mencapai kebahagiaan hidup? Sanggupkah kita melihat orang lain menangis hanya kerana kita mahu bahagia ? Sudah terlalu banyak peluang yang diperolehi tetapi kita memilih untuk tidak mementingkan diri. Walaupun tidak bahagia, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan diri dari menjadi punca perbalahan.
Kita sering sahaja menyalahkan orang lain dengan tidak memahami apa yang mereka rasa,mereka lalui dan apa yang mereka tanggungkan...Demi kepentingan sendiri, kita seringkali menjadikan orang lain sebagai mangsa semata-mata ingin mencapai keinginan dan nafsu sendiri..Tapi adilkan bagi diri sendiri dan adilkah bagi orang yang menangung akibat perbuatan kita itu???
Jika seorang yang telah berpunya tetapi menagih cinta kita, sanggupkah kita menerima nya...sedangkan pada awalnya mereka tidak mengaku sudah berpunya? Payah untuk kita menerima. Kalau mereka sanggup menduakan pasangan mereka , besar kemungkinan mereka akan melakukan tindakan yang sama apabila telah bersama dengan kita. Oh tidak! biarlah diri ini bersendirian daripada menyebabkan orang lain menitiskan airmata kesedihan. Biarlah diri ini yang menangis. Semoga satu hari nanti akan dibuka lembaran baru yg lebih indah buat diri ini.InsyaAllah....

1 comment:

Liza Suriani said...

sikap pentingkan diri sendiri ada pada semua..cuma banyak atau sedikit..tapi jangan sampai memudaratkan orang lain...heheheh..sabarlah cek carmen yer..nanti kebahagiaan itu akan hadir juga dalam hidup mu..