Saturday, July 25, 2009

Yasmin Ahmad dalam kenangan..

Tahziah kepada keluarga pengarah terkemuka Arwah Yasmin Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara jam 11.25 malam tadi selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak. Kehebatan beliau dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya.Filem-filem arahan beliau iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009) sgt diminati ramai dan menjadi kenangan kepasa semua peminat2 beliau.Moga roh arwah dicucuri rahmatNYA dan diletakkan antara insan2 yg terpilih disisi Allah S.W.T