Tuesday, February 17, 2009
Mungkinkah.....
Mungkin Tuhan sengaja mahu aku berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila diri ini akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai aku kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Namun ada juga yang memandang kepasa kecantikkan Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Aku ingin mencari seseorang yang membuatkan hati aku tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila aku teramatkan rindukan seseorang sehingga aku ingin menggapainya dari mimpi aku dan memeluknya dengan sebenar.Daptkah aku bermimpi dengan apa yang aku ingin kan??? Bak kata seseorang yang aku kenali, "Mimpilah apa yang ingin engkau mimpikan, pergilah ke mana-mana yang inginengkau tujui dan jadilah apa yang engkau inginkan kerana engkau hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin engkau lakukan.
Adakah aku sudah memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri aku menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan aku kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan aku adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan aku bahagia. Selalu bayangkan aku di dalam kasut seseorang.Jika aku rasa ianya menyakitkan aku, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Aku tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga aku bisa melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa aku dilahirkan, aku menangis dan orang di sekeliling aku tersenyum. Bagi aku, aku ingin teruskan hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
i just pray 4 ur happiness may god bless u!!!! love u my friend
Post a Comment